Roarrr ! :)

My photo
Ipoh-Serdang-SeriKembangan, Malaysia
seorang yang janggal,janggal dan janggal. pemakan tegar yang ohsem! orangnya biasa-biasa yang tak punyai apa-apa bakat hebat untuk dipapar pada umum. juga seorang pelajar perubatan di PU-RCSI.oh yaa! aku buat blog just to nag when i'm bored.WARNING!blog ni mmg tak berilmiah.sila klik [X] kalau takmau buang masa.

Thursday, April 21, 2011

dream as high as you can !



           Hai awak yg tengah baca tu ! heee... salam ! dah lame gile kan Rara tak post entry baru? kalau ikutkan balik sebenarnya banyak je benda nak cerita kat korang sepanjang cuti Rara yang baru genap SEBULAN je ! WHAT THE FLUXXX ! hahah ! *takpe-takpe tinggal 5 bulan jeeee lagii.. -_____-"

          Urm..nak dipendekkan cerita, dalam tempoh sebulan ni, Rara telah dipertemukan dengan drama Korea Dream High ni. cerita ni telah direkemenkan oleh adik Rara sendiri, Amy. seriusly, mula-mula cam malas nak tengok coz tak yakin sangat bila Amy cakap cerita ni lain daripada yang lain. yelah, Rara ni takdelah fanatik hiburan korea sangat. setakat dengar lagu diorang sikit-sikit dengan tengok drama diorang je la. Sebab dah biasa tengok cerita korea so Rara assume cerita ni pun mesti lebih kurang cam yang lain jugak la kan. tetapi ternyata I AM WRONG !

          Rara memang tak diupah pun nak promote cerita ni. sume kawan terdekat Rara dah tau yang sekarang ni Rara tengah obses dekat cerita ni termasuklah pelakon-pelakon dia sekali. hahah !(*itu semestinya !) . kepada sesiapa yang tak pernah tengok lagi please cari masa untuk cuba tengok cerita ni. memang tak rugi. Rara berani jamin !

            Tak tau kenapa hati Rara tergerak nak kongsi cerita ni dengan korang semua. bukannya apa, apa yang Rara perasan tentang remaja-remaja melayu kita ni kebanyakannya semuanya LEMAH SEMANGAT dan CEPAT PUTUS ASA ! come on lah ! bersemangat sikit wahai saudara saudariku !

          Urmm.lagi satu kebanyakan cerita yang dipaparkan oleh produksi tempatan kita sendiri nampak terlalu stereotaip. tak habis-habis pasal orang kerja koperat-koperat, penderitaan seseorang yang asyik ditindas oleh orang lain, cerita anak-anak orang kaya, cerita orang dengki-dengki lah and banyak lagi lah rasenye. Come on lah ! story line yang sama berulang-ulang, sampai Rara sendiri pun dah muak nak termuntah-muntah dah tengok drama melayu kita ni.

          Tapi itu di sudut pandangan Rara lah sebagai seorang gadis remaja yang sedang meningkat umur dan masih sedang belajar mengenal dunia. mungkin drama-drama melayu di atas tadi menghiburkan golongan mak-mak kita ke sesape je lah. but I hope lepas ni, adelah manusia yang nak memaparkan drama yang khas untuk remaja macam Rara ni. sebenarnya, impak media hiburan tu sendiri memang kuat dan boleh mendatangkan kesan yang mendalam terhadap remaja. malah kepada remaja seluruh dunia pun jugak!

          Okaylah, tadi cakap pasal drama korea, ni tiba-tiba dah marah produksi tempatan lah pulak ! Hahaha ! Rara memang camni pun suke sangat melencong ke tempat lain. berbalik ke topik kita tadi, ape yang Rara nak cerita eh?! haa.pasal drama Dream high ni.drama ni lebih kurang je macam Glee tapi versi asia la.lebih sopan dalam meluahkan kehendak para remaja. drama yang dijamin memberi 1001 inspirasi dan semangat kat korang. kalau korang down ke hape ke, Dream High boleh naikkan semangat korang. kalah hindustan kot. Rara pun memang non-stop menangis la coz isu-isu yang diorang sentuh semuanya kena lah dengan hati remaja yang lurus dan naif ni. 

           Basically, cerita ni mengisahkan pasal perjuangan 6 orang remaja dalam mengejar impian mereka. yup,itu dia secara pendek cerita ni pasal tu je. Tapi storyline dia memang memberi impak yang besar terhadap Rara, adik beradik Rara and i think the whole world too. kalau tak percaya, korang boleh google baca review orang pasal cerita ni. mostly, sumenye positif !

          Moral value yang Rara sendiri dapat daripada cerita ni ialah :
  1. kita mesti mempunyai cita-cita dalam hidup.
  2. tak kisah lah ape jua cabaran, that is a part of us dan cabaran itu sendirilah yang akan memantapkan kita dalam mencapai cita-cita kita tu.
  3. mungkin kita ade kekurangan di sudut-sudut tertentu, tapi segalanya boleh diatasi kalau kita rajin dan yakin dengan kemampuan diri kita. tambah-tambah lagi kita ni masih muda lagi dan perjalanan hidup kita masih panjang lagi. insyaAllah.
  4. Sebagai seorang remaja, merancanglah dengan bijak dan matang apa yang kita nak capai dengan jelas segala impian dan cita-cita kita tu. supaya kelak bila kita dah tua nanti kita tak kan rase menyesal dengan ape yang kita usahakan pada zaman muda kita.
  5. setiap orang ada drama mereka sendiri. jadikan hidup kita sebagai watak utama bukan hanya watak sampingan! dan kita jugalah pengarah! kita yang mengarahkan kisah hidup kita.
  6. anggota 2PM hensem gilaaaa ! hahaah ! aku dah obses dengan wooyoung ! kacak sungguh. nak kawin dengan kau bolehh ? :P
          Basically, ni lah pengajaran yang Rara dapat lepas tengok cerita ni. betapa cerita ni memberi kesan yang mendalam dalam diri Rara dan Rara harap korang jugak dapat rasakan jugak. kita ni sebagai remaja memang tak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan. iye.memang tak dapat nafikan,kesilapan kita lah yang akan mengajar kita,membentuk kita untuk menjadi seseorang yang kita nak tu. ape-ape pun kepada remaja kat luar sana Rara seru semua untuk sentiasa coret impian dalam hati korang dan cuba capai impian tu. tak kisah lah if imipian tu mungkin nampak bodoh,tak realistik ke tapi asalkan kita yakin dengan impian kita dengan kemampuan kita, insyaAllah akan termakbul dengan usaha yang keras dan ingatlah untuk sentiasa meminta bantuan-Nya ! Dia-lah yang akan memudahkan urusan kita. :)

           Kat sini, Rara nak kongsi sebahagian lirik daripada lagu OST dream high ni. lagu ni dinyanyikan oleh pelakon tu sendiri. kalau tak silap lagu "some people dream" ni ade dekat episod 7.

lagu : Some people dream
nyanyian : IU, wooyoung, taecyon dan eun joong. 

"some people live cherishing their dreams
some people live sharing their dreams
other people live to fulfill their dreams
some people live forgetting their dreams
some people live stealing others dreams
other people say there is no such thing as a dream. " 
 
           So, anda nak pilih yang mane ? hidup dengan impian ataupun tanpa impian. semuanya bergantung kat korang. Itu antara pengajaran yang Rara dapat. impak yang sangat hebat kat diri Rara sendiri. harap remaja-remaja kat luar sane dapat luangkan masa tengok cerita ni. hayati and fahami storyline dia then u will understand.

p/s : dream as high as you can and never stop believing !

1 comment:

kamsahamnida ! :)